Pada tahun 2014, rakyat Malaysia menerima satu kejutan besar apabila Prof. Madya Dr Masatoshi Sone dari Jabatan Geologi Universiti Malaya (UM) menemui fosil gigi dinosaur yang pertama di Malaysia. Jadi, apa yang istimewa tentang fosil gigi ni? Gigi ini merupakan fosil milik kumpulan spesies dinosaur yang dikenali sebagai "spinosauridae."
Fosil gigi yang ditemui di kawasan pedalaman Pahang ini seolah-olah membawa kita melangkah ke masa lampau dalam era Cretaceous berjuta-juta tahun dulu. Gigi ini berukuran kecil, dengan panjang sekitar 13mm dan lebar 10.5mm, menyimpan 1001 cerita sejarah yang menarik tentang sejarah.
Cuba bayangkan, kita melihat dan menyentuh sesuatu yang dulu pernah ada jutaan tahun lalu. Betapa menakjubkan alam semula jadi kita! Tabik hormat kepada pasukan penyelidik kita. Dikhabarkan ekspedisi bermula sejak 2012. Dekat 2 tahun.
Penemuan fosil gigi dinosaur di kawasan pedalaman Pahang ini seolah-olah seperti "cakera hitam" yang membawa kita kembali ke zaman purba, mengungkap misteri kehidupan yang telah lama hilang. Banyak benda yang boleh dikaji dan perlu dirungkaikan.
Tapi, macam mana sebenarnya saintis boleh tahu usia sesuatu fosil tu? Jawapannya ada beberapa kaedah. Antaranya ialah melalui teknik khusus yang dikenali sebagai penentuan umur radiometrik. Teknik ini membolehkan saintis untuk mengira berapa lama usia sesuatu fosil berdasarkan tindak balas unsur radioaktif di dalamnya.
Keputusan kajian menunjukkan fosil gigi ini berasal daripada era Cretaceous, era di mana wujudnya dinosaur zaman tersebut sekitar 145 juta tahun sehingga 66 juta tahun dahulu sebelum pupus dek kerana hentaman meteorit. Ini membuktikan bahawa Malaysia juga mempunyai sejarah yang kaya dengan makhluk-makhluk purba yang menarik.
Jadi, mari kita hargai penemuan ini sebagai sebuah kejayaan yang besar kepada usaha saintis di Universiti Malaya. Dalam dunia yang sentiasa berkembang, penemuan ini menunjukkan bahawa wawasan saintifik terus berjalan ke hadapan.
Kita berharap dengan penemuan ini, akan ada lebih banyak penemuan hebat dalam dunia paleontologi di Malaysia dan merentasi sempadan di masa akan datang. Jangan lupa untuk terus mengikuti perkembangan sains yang menarik ini!
Comments
Post a Comment