TABIAT ORANG KAYA YANG WAJAR ANDA CONTOHI

 

Adakah anda mahu menjadi kaya? Sesetengah dari kita mahu menjadi kaya. Ada juga yang memilih untuk hidup sederhana. 

Tidak kiralah apa matlamat anda, yang pasti, setiap seorang antara kita memiliki satu niat yang sama, iaitu mahu berjaya.

Berjaya tidak semestinya dengan memiliki harta yang banyak. Orang yang hidupnya sederhana juga boleh berjaya. 

Kekayaan bukanlah ukuran kejayaan seseorang. Dan bukan juga ukuran kebahagiaan seseorang. 

Kerana ramai juga orang kaya yang hidupnya tidak tenang dan stress.

Namun setiap orang yang bermatlamatkan kejayaan ini, mempunyai beberapa tabiat yang lebih kurang sama. 

Anda bacalah macam macam jenis buku di luar sana, sama ada buku motivasi atau buku biografi, kebanyakan mereka yang berjaya memiliki tabiat yang serupa.

Berikut saya kongsikan beberapa contoh tabiat dan rutin harian orang orang berjaya yang wajar anda contohi jika ingin mengecapi kejayaaan.


SUKA MEMBACA

Ya benar. Kebanyakan orang yang berjaya sangat meminati membaca. 

Sama ada membaca buku, membaca artikel, membaca journal atau segala jenis bahan bacaan yang memberi manfaat. 

Bukan baca komik atau majalah remaja ya.

Semakin banyak anda membaca, semakin banyak ilmu yang anda perolehi. 

Malah lebih banyak perkara yang anda boleh terokai. Sebenarnya, makin banyak anda membaca juga, anda akan sedar betapa banyaknya perkara yang anda tidak tahu.

Ini mendorong anda untuk terus meneroka dan menambah ilmu. 

Ilmu ini sangatlah luas dan tidak akan habis. Oleh sebab itu lah orang orang berjaya ini sentiasa membaca buku walaupun mereka sudah tua. Ini kerana pembelajaran tidak akan habis dan memakan masa seumur hidup.


MENJAGA MASA

Pernah dengar ungkapan masa itu emas? Ya masa itu sangatlah berharga. 

Sehinggakan surah berkenaan masa juga turut diabadikan di dalam Al Quran. Orang orang yang menghargai masa ini sangatlah beruntung dan jauh sekali dari rugi.

Setiap detik masa itu bernilai, jika anda menghabiskan masa dengan perkara perkara yang tidak berfaedah dan tidak productive, amatlah rugi sekali.

Apa kata ubah rutin harian anda kepada perkara perkara positif. 

Mulakan dengan minat membaca buku. Kemudian isi dengan pekerjaan yang produktif. 

Jauhi aktiviti seperti melepak, berhibur, makan berlebihan dan sebagainya. Sekali sekala tidak mengapa, tetapi jangan jadikan sebagai rutin harian.


BERANI MENGAMBIL RISIKO

Setiap orang yang berjaya akan berani mengambil risiko. 

Sebagai contoh, orang orang yang memulakan perniagaan, mereka melaburkan sejumlah wang tunai yang ada untuk memulakan perniagaan. 

Ada kemungkinan perniagaan mereka akan rugi walaupun yakin macam mana sekalipun dengan model bisnes yang dibentangkan. 

Ini kerana dalam bisnes, macam macam boleh berlaku dan tak boleh dijangka.

Namun mereka bukan orang biasa biasa. 

Untuk berjaya selangkah ke hadapan, akan melalui pelbagai rintangan dan cabaran. 

Yang penting memiliki mental dan fizikal yang kuat untuk menghadapi satu per satu ujian. 

Bagi mereka, setiap kesilapan yang mereka lakukan merupakan satu pengajaran untuk tidak mengulanginya lagi pada masa hadapan. 

Secara tidak langsung, dana yang mereka rugi kerana kegagalan perniagaan itu, dilaburkan untuk ilmu kehidupan. 

Namun orang yang berjaya, pasti tahu bila masa untuk bangkit dari kejatuhan. 

Tidak mengapa untuk jatuh sekali sekala, tetapi perlunya untuk bangkit Kembali sesegera mungkin.


CIRCLE YANG POSITIF

Persekitaran juga memainkan peranan yang sangat besar. Jika di sekeliling anda merupakan orang orang jahat, maka kecenderungan untuk anda menjadi jahat juga sangat tinggi kerana tingginya pengaruh persekitaran tersebut.

Jika anda mahu menjadi orang kaya, maka kelilingi diri anda dengan orang orang kaya. 

Jika anda mahu menjadi orang yang soleh, kelilingi diri anda dengan berkawan dengan orang orang yang soleh. 

Kerana pengaruh daripada mereka sedikit sebanyak akan memberi impak terhadap kehidupan anda.

Jauhi kawan kawan yang toksik dan mulalah mencari kawan kawan yang positif. 

Apabila anda dikelilingi orang orang yang positif, anda akan perasan hidup anda mula berubah secara perlahan lahan. Kalau tak percaya, boleh cuba lah.


Comments