TEKNIK BEBAS HUTANG SECEPAT MUNGKIN


Masyarakat tidak dapat lari daripada dibelenggu dengan hutang. Sebagai contoh hutang kereta, hutang rumah, hutang peribadi, hutang kad kredit, hutang Pendidikan dan sebagainya. 

Kita pasti tidak dapat elak sebahagian hutang-hutang ini kerana ianya bersangkut paut dengan keperluan hidup kita.

Statistik setiap tahun juga menunjukkan masyarakat yang diisytiharkan muflis juga semakin meningkat. Ini datang hasil daripada kelemahan dalam pengurusan kewangan.

Kita wajib mendidik diri kita untuk celik kewangan terutamanya bermula sejak di zaman universiti lagi. 

Kerana tanpa inisiatif sendiri, guru mahupun pensyarah tidak akan mengajar kita akan topik penting ini.

Jika anda merupakan individu yang terlibat dengan hutang-hutang yang tersebut di atas, berikut merupakan beberapa tips yang boleh diberi perhatian:


CIPTA PELAN RANCANGAN KEWANGAN

Setiap perkara memerlukan perancangan. Ini termasuklah berbelanja barangan dapur sekalipun, menyediakan senarai barang yang patut dibeli akan buatkan kita berdisiplin untuk membeli barang yang disenaraikan sahaja.

Niatkan dalam diri anda supaya anda mahu bebas daripada hutang secepat mungkin. 

Oleh itu, disiplin dalam diri juga harus tinggi. Tanpa disiplin ini, perancangan anda akan gagal juga.

Untuk membuat perancangan yang rapi dan bebas dariada hutang, senaraikan perkara berikut:

Berapa banyak jenis hutang

Berapa jumlah hutang

Tempoh hutang perlu diselesaikan

Selepas anda selesaikan hutang-hutang di atas, anda perlu menyelesaikan hutang yang paling sedikit secepat mungkin. 

Sebagai contoh, hutang kad kredit dan hutang peribadi. 

Hutang-hutang yang besar seperti hutang rumah dan kereta anda boleh selesaikan mengikut kemampuan anda.

Selain itu, terdapat dua jenis hutang, iaitu fixed dan reducing. Apakah perbezaan antara kedua-dua hutang ini?

Bezanya ialah dari segi berapa keuntungan diberi kepada bank. Fixed lebih kepada anda bayar faedah sepenuhnya walaupun anda selesaikan hutang lebih awal.

Reducing method pula, faedah berjaya dikurangkan apabila anda membayar prinsipal dan selesaikannya dengan lebih awal.

Selain itu, anda juga turut perlu kenalpasti hutang-hutang mengikut senarai faedah paling rendah kepada paling tinggi. 

Beri juga perhatian kepada berapa kadar ansuran bulanan. Dengan beberapa faktor yang disebutkan ini, anda boleh merancang kewangan anda mengikut keperluan anda.


TAMBAH SUMBER PENDAPATAN

Satu lagi cara yang memerlukan anda bekerja lebih keras untuk bebas daripada hutang secepat mungkin ialah tambah sumber pendapatan. 

Ada pelbagai cara di zaman sekarang ini yang anda boleh lakukan untuk tambah pendapatan tanpa tinggalkan pekerjaan tetap anda yang sekarang. 

Berikut merupakan beberapa cara untuk anda tambah pendapatan:

Berniaga online

Kerja gig (grab, foodpanda, maideasy, etc..)

Kaedah sewa asset

Kerja part time

Banyak lagi cara untuk menambah pendapatan, ini hanya beberapa cara sahaja. 

Pastikan kerja yang anda lakukan tidak membebankan anda dan berbaloi dengan masa dan tenaga anda. 

Ingat, niat utama anda ialah untuk menyelesaikan hutang secepat mungkin.


SELESAIKAN HUTANG PALING RENDAH

Cara yang paling mudah bagi anda ialah dengan menyelesaikan hutang yang paling rendah secepat mungkin kerana ini akan memberikan kelegaan kepada anda di kemudian hari.

Bayangkan hutang-hutang anda sudah makin berkurang, lebihan wang anda boleh digunakan untuk keperluan lain pula nanti.

Anda perlu senaraikan hutang-hutang mengikut yang paling rendah kepada yang paling tinggi. 

Sebagai contoh:

Hutang peribadi: RM10,000

Hutang PTPTN: RM15,000

Hutang kereta: RM30,000

Dalam kes di atas, hutang yang paling rendah ialah hutang peribadi dengan jumlah RM10,000. 

Selesaikan hutang peribadi secepat mungkin. Anda boleh bayar ansuran dengan lebih tinggi daripada yang sepatutnya perlu dibayar. 

Manakala hutang-hutang lain perlu dibayar seperti biasa bagi mengelakkan tunggakan.

Apabila hutang peribadi anda telah selesai, anda boleh fokus bayar lebih kepada hutang PTPTN pula. 

Anda akan Nampak perubahan dari segi jenis hutang anda mula berkurang dan lebihan tunai anda semakin meningkat.


KURANG PERBELANJAAN

Cara terakhir yang paling efektif ialah dengan mengurangkan perbelanjaan. Senaraikan perbelanjaan anda mengikut keperluan dan kemahuan. 

Berjimat cermatlah dalam berbelanja. Sentiasa lakukan survei barang-barang murah di kedai-kedai.  

Cara ini pasti boleh membantu anda untuk mengurangkan hutang secepat mungkin.


Comments